DILEMA PESAKIT KANSER
( 2 Votes )
Thursday, 15 October 2015 16:47

DILEMA PESAKIT KANSER

 

Sudah lebih 16 tahun saya merawat pesakit kanser, berbagai jenis kanser yg telah saya temui dan rawati, banyak ragam dan pengalaman pesakit saya pelajari.

Rasa sedih dan rasa kasihan bila mendengar setiap cerita pengalaman dari setiap pesakit, ada juga cerita yang menakjupkan bagaimana mereka "survive" menangani penyakit kanser yang dialami.

Pesakit yg bernasib baik dan mempunyai kemampuan untuk menampung kos rawatan, cara rawatan yang dilalui adalah tidak sama dari pesakit yang kurang kemampuan.

Pesakit yang ada "guaranttee letter" dari majikan atau yg dibayar oleh insuran sepenuhnya atau yang boleh menampung sendiri kos rawatan di hospital swasta,

cara utk mendapat rawatan tidak sama dengan pesakit yang kurang kemampuan.

Adakala pesakit merungut kepada saya "life is not fair". Satu kenyataan yang sangat benar.

Untuk pesakit kanser, "journey to recovery is not that simple and straight forward" kalau bandingkan dengan rawatan penyakit lain.

 

Rawatan di hospital kerajaan dan rawatan di hospital swasta ada banyak perbezaan. Kalau hendak mendapat rawatan yang cepat, pesakit boleh dapat dari hospital swasta tapi kos rawatan amat tinggi.

Di hospital swasta pesakit tidak perlu "que" lama atau menunggu giliran lama untuk buat rawatan diagnosis atau kimoterapi.

Peralatan dan kemudahan di hospital swasta serba lengkap dan pakar-pakar perubatan sentiasa ada untuk memberi khidmat.
Tetapi kos amat tinggi. Ada pesakit yang terpaksa menjual harta atau mengeluar duit KWSP untuk membiayai kos rawatan kanser.

Di hospital kerajaan, peralatan dan kemudahan serba lengkap dan ada ramai pakar-pakar perubatan tetapi disebabkan terlalu ramai pesakit kanser, "waiting time" atau

masa menunggu untuk mendapat rawatan kanser atau untuk membuat temujanji untuk jumpa pakar perubatan kanser sangat lama.

Belum lagi temujanji untuk buat rawatan kimoterapi atau radioterapi yg "waiting time" nya agak lama juga.

Untuk pesakit kanser, "time is critical". Setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan yang dilalui banyak memberi kesan kepada pesakit.

Ini sebab sel-sel kanser akan membiak, dan makin lama kita menunggu untuk buat rawatan, makin banyak sel-sel itu akan membiak dan merebak ke organ lain.

Pernah satu ketika semasa saya buat rawatan di Pantai Timur, kedua-dua mesin kimoterapi di hospital di tempat itu rosak,

dan pesakit saya perlu menunggu 5 bulan utk mesin itu diperbaiki. Walaupun kaedah rawatan saya hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran, tetapi saya tidak menghindar pesakit saya membuat rawatan moden.

 

Saya amat kasihan bila pesakit tidak diberi peluang untuk mendapat rawatan. Ada seorang pesakit kanser kolon, stage 4, kanser sudah merebak ke banyak bahagian organ dalaman.

Tidak pasti apa sebab, pesakit itu terus dirujuk ke bahagian diet dan kaunseling di hospital yang memberi rawatan. Dalam hati saya berkata, mungkin pesakit ini telah dirujuk

untuk "palliative care" tanpa diberi peluang untuk menjalani proses rawatan yg lain, saya rasa amat sedih. Apabila pesakit di beri "palliative care", ini bermakna tidak ada rawatan lain

yg perlu diberi dan hanya menunggu masa sebelum pesakit pergi menemui Illahi.

Tidak boleh dinafikan sekarang makin banyak hospital swasta dibina disetiap bandar besar di negara kita. Ada hospital swasta sudah mula memberi

perkhidmatan "medical tourism" untuk pesakit dari negara jiran dan negara Timur Tengah. Saya menarik nafas panjang bila memikirkan ratusan mungkin ribuan pesakit kanser dalam negara ini

yang sukar untuk mendapat rawatan, tapi kita utamakan pesakit dari rakyat negara luar atas dasar mereka mampu untuk membayar kos rawatan yang tinggi.

 

Dalam pengalaman saya berjumpa dengan pesakit kanser payudara, nasihat rawatan kepada pesakit yang diberi oleh pakar perubatan dari hospital swasta dan hospital kerajaan kadang-kadang ada perbezaan.

Selalunya nasihat dari pakar dari hospital kerajaan sekiranya kanser payudara sudah stage 3 atau 4, mereka akan syorkan pesakit buat "mastectomy".

Kadang-kadang bila kanser itu stage 2 dan kanser jenis "aggresive" dan telah merebak ke banyak kelenjar-kelenjar, selalunya pakar dari hospital kerajaan akan nasihatkan pesakit untuk buat "mastectomy".

Pada pendapat saya itu cara yang berkesan untuk mengawal sel-sel kanser dari merebak ke organ lain.

Pakar dari hospital swasta pula banyak memberi nasihat kepada pesakit kanser payudara untuk membuat "lumpectomy" dulu. Sekiranya ada "relapse" di kemudian hari, baru mereka akan nasihat utk buat "mastectomy".

Kita perlu fikirkan dan mengambil kira "cost factor" kepada pesakit, "risk factor" menjalani pembedahan banyak kali, dan juga "the ordeal" kepada pesakit untuk melalui pembedahan banyak kali.

 

Saya selalu nasihatkan pesakit saya agar jangan terburu-buru membuat keputusan. Berjumpa dengan beberapa pakar dan minta "opinion" mereka dan pilih nasihat yang terbaik untuk mengatasi masalah kanser ini.

Jangan buat keputusan berdasarkan pendapat atau "opinion" dari seorang pakar perubatan sahaja. "Opinion" itu mungkin kurang tepat dan mungkin ada cara lain yang lebih baik untuk mengatasi masalah kanser pesakit.

Banyak kali saya diberitahu oleh pesakit mereka diberi jangka masa untuk hidup. Contohnya, kalau tidak buat pembedahan, pesakit mungkin ada 3 bulan lagi untuk hidup.

Siapalah kita untuk menentukan hidup dan mati sesaorang pesakit, hanya Allah sahaja yang menentukan. Kalau sudah sampai takdir kita pergi, tidak perlu untuk mendapat penyakit kanser untuk pergi bertemu Illahi.

Inilah dilema yang selalu dilalui oleh pesakit-pesakit kanser saya. Semua penyakit datang dari Allah, dan dari Dia datang segala kesembuhan. In sha Allah.

 

Hj Lokman
Pusat Rawatan Al-Hidayah

 

12115837 377074382501681 1653637151587053576 n12088534 377074392501680 4140735313767760033 n

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online