PENGALAMAN PESAKIT DARI IRELAND
( 1 Vote )
Thursday, 13 July 2017 11:42

Assalamualaikum. Hari ini saya mengubati seorang pesakit lelaki berumur 48 tahun yg telah lama tinggal di Dublin, Ireland. Dia orang Melayu memang berasal orang Malaysia berhijrah ke Ireland 13 tahun yg lalu. Sempena hari raya ini dia balik Malaysia dan berkesempatan utk buat rawatan dgn saya pagi tadi.

Pada tahun 2014 semasa tinggal di Ireland, dia di diagnose sakit kanser hati. Simpton sakit yg dialami dia merasa sakit yg amat sangat di bahahian perut sebelah kanan, berat badan turun mendadak dan ada masalah anaemia (komplikasi darah).

Selepas buat MRI doctor beritahu hati dia bengkak (enlarged) sebanyak 14 mm dan doktor diagnose kanser tahab 4. Doctor meramal dia hanya boleh hidup 3 bulan sahaja. Doctor beri dia kimoterapi tetapi selepas menjalani kimoterapi yg pertama, pesakit mendapat penyakit jangkitan paru-paru (pneumonia) dan dimasukan ke ICU.

Selepas recover dari pneumonia, doktor enggan meneruskan proses kimoterapi takut lanjutan ubat kimo boleh merosakan lagi hati pesakit. Doktor di Ireland beritahu tiada lagi rawatan hospital yg boleh diberi dan suruh pesakit balik rumah utk berehat. Tiada ubat hospital diberi kecuali morphin utk menahan rasa sakit.

Selepas keluar dari hospital pesakit hanya membuat rawatan secara diet. Selama hampir 3 tahun sejak pesakit mengamalkan diet juice. Pesakit makan B17 dari biji apricot dan mengamalkan juice therapy - carrot, beet root, celery, green apply dan buah delima setiap hari. Semua bahan ini akan di blend utk jadi juice. Pesakit berhenti makan daging merah, gula, seafood dan dairy product. Diet utama hanyalah ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan telur. Alhamdulilah sudah 3 tahun pesakit masih amalkan diet juice ini dan penyakit kansernya bertahan sampai sekarang. Sel-sel kanser masih ada tapi bertahan dan tidak merebak ke organ lain. Setiap tahun pesakit membuat MRI dan monitor perkembangan sel-sel kanser dlm tubuh pesakit melalui MRI.

Bezanya rawatan di hospital di negara barat dan hospital di Malaysia, doktor di hospital negara barat tidak menyuruh atau memaksa pesakit menjalani kimoterapi. Malah hospital di barat menggalakkan pesakit menjalani rawatan cara holistik approach juga seperti mengawal diet dan juice terapi. Pesakit redha dan sentiasa mohon penyembuhan dari Allah. In shaa Allah.

 

Hj Lokman
10 July 2017
Pusat Rawatan Al Hidayah
Tmn Selasih, Batu Caves.

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online