Rest In Peace...
( 15 Votes )
Saturday, 10 March 2012 05:51

lifeSalam. Entah kenapa aku digerakkan lagi untuk menulis di ruangan ini. Aku memang malas dah nak tulis sebab tak termampu aku kecuali dengan kehendakNya. Mungkin ini yang terakhir? Entahlah.. terpulang lah pada Dia yang menggerakkan aku. Terima kasih juga kepada patient2 yang telah memberi semangat untuk aku meneruskan coretan kerana mengerti apa yang ingin disampaikan. Maklum lah.... siapalah Aku.. Anyway, kali ni cerita dari pengalaman sakit orang tua ku. Bukan minta simpati tapi lebih kepada pengiktibaran tentang kehidupan.

Orang tua aku ni dah lama menghidap sakit kencing manis, darah tinggi dan akhirnya buah pinggang dia rosak. Itu aku kira ok tapi yang challengenya fistula dia rosak, ni alat yang masuk jarum untuk dialysis. So dia kena buat yang baru tapi keputusan GH detect jantung orang tua ku pulak bermasalah. So, disuroh pergi ke IJN dulu sebelum buat fistula baru. So untuk temporary ni lehernya ditebuk untuk tujuan dialysis. So permeriksaan di IJN pun tiba setelah beberapa bulan menunggu. Keputusannya, IJN reject untuk buat endeogram sebab pembedahan itu penuh risiko.

Sementara tu, badan orang tua ku dah tak berapa sihat sebab kerap kena infection. Tak buat dialysis, dia akan sakit kerana darah menjadi racun, buat pulak jantungnya semakin tenat. IJN cakap hanya tinggal 20%, so everytime dia buat dialysis kekuatan jantungnya semakin berkurangan by 1-3%. So, we are in no win-win situation. Disitu aku mengenal erti kesakitan.. Sakit itu bila TIADA lagi harapan... Sebenarnya, ia menyedarkan manusia itu bahawa harapan sebenarnya adalah pada Dia yang maha pengasih dan penyayang. Harapan aku ialah jika benar masanya untuk dia pergi biarlah dengan cara yang tenang. So aku pun mula bawak bapak aku berjumpa dengan beberapa pengamal perubatan alternatif. Macam2 jawapan yang aku dapat dan kebanyakkan nya mengatakan gangguan..So aku pun mula melayari web hj lokman, kerana aku sebenarnya kurang percaya dengan perubatan yang jenis macam ni. Kemudian aku teks dia pasal keadaan orang tua ku. 3 hari selepas tu baru la Hj. Lokman jawab. Timbul harapan.. .

Ok 3 malam aku berkampung kat sungai pusu. Hari pertama, aku riki. Hari kedua aku tunggu sampai semua orang pulang. Masa tu jam dah 3.30 pagi, so bila ibu ku membawa ke pagar hj lokman pun keluar kat gate cakap dah tutup dan suruh kami datang esok kul 9 malam, tak payah ambik nombor. Harapan masih ada.. . Dan malam yang ketiga, akhirnya dapat juga berjumpa dengan Hj. Lokman atau Ustadzz Lokman. Ramai juga malam
tu, to cut short the story, kami pun melangkah masuk bila Hj Lokman menjemput kami masuk setelah berlaku sedikit kekalutan. Selangkah masuk kebiliknya. Semasa hj lokman scan bapak aku ader blockages dan memberi surah al israq untuk diamalkan.

Oleh kerana aku pun nak baca gak surah tu, aku pun mula berjinak2 start balik mengaji. Sebenarnya, aku dah lama tak ngaji so merangkak-rangkak aku baca macam lagu rap la pulak jadinya. Anak aku pun ngaji lagi bagus dari aku. Di sebabkan aku pernah belajar mengaji masa kecil menyebabkan aku mudah membaca al-quran kerana kenal huruf dan bunyi. Ini kerana huruf dan bunyi tak boleh dipisahkan bagai lagu dan irama,
bagai Allah dan Muhammad. Aku pun mula start mengaji balik dengan bapak aku sbb aku tau dia memang pandai mengaji Al-Quran. Teringat aku disuatu malam, aku pernah ke rumah arwah dan minta dia perbetulkan bacaan alquran aku. Ketika itu dia tengah sakit demam panas disebabkan infection pada tebukan leher yang digunakan untuk dialisis. Aku tahu demam nya teruk kerana dia mengangis menahan kesakitan. Namun dia
bingkas bangun duduk didepan aku bila mendengar aku ingin belajar quran. Walaupun dalam kesakitan tapi dengan penuh semangat dia mengagahkan diri mendengar bacaan ku... sungguh tak boleh ku lupakan.. Aku cuba membawa semangat itu bersama dalam diriku. Walaupun somoetimes kena demam sbb over use chi tetapi tetap menggagahkan diri berubat orang.. itupun atas geraknya jua walaupun badan letih. Tahniah kepada sahabat seperjuangan ku dan perawat2 alternatif yang lain, diharapkan ianya menjadi perjuangan disisi Allah. Berdakwahlah disiang hari dan dimalam harinya kita mengadap Allah menafikan kerja kita disiang hari kerana
tiada upaya kita dan hidayat dari Allah Taala.

So sambung citer bab ngaji tadi.. Bapak aku ni pulak memang suka mengaji dan tiap malam sampai ke pagi dia mengaji dan terima kasih kepada Allah kerana setelah mengamalkan getaran surah Al Isra', kesihatan orang tua ku beransur pulih dan dia lebih tenang.. dan tiada lagi kesakitan kerana sudah ader interaksi dengan
kalimah-kalimah Allah .. Aku mengerti bahawa sakit itu sebenarnya mengenal diri, belajar menghampiri diri sendiri dan menggalakan kita berinteraksi dengan sang pencipta melalui doa-doa menyembuhkan kesakitan dengan membaca al-quran. Ini kerana sakit itu ialah mengenal diri zahir dan batin, dan Sakit zahir itu disebabkan oleh diri batin yang tidak tenang.

Setelah hampir setahun dari tarikh berubat, orang tua ku itu memang nampak sihat dan dah boleh berjoging. Namun, pada Tanggal 9 Januari 2012, pagi Isnin itu aku telah dikejutkan dengan panggilan telefon dari ibu ku di Terengganu. Saat yang aku paling takut untuk tempuhi dan telah lama aku menantikan hari itu dan akhirnya ia muncul jua. Ayah ku telah kembali kepangkuan Nya.. Aku merasa sedih tapi tidak dapat menangis dan lebih kepada kebingungan mencari jawapan. sesampai nya aku di rumah atok aku di Terengganu, terus saja aku bertemu dengan ibuku yg sedih dan masih menangis atas kehilangan teman hidupnya.

Ingin sekali aku menangis atas pemergian org tua ku namun apakan daya aku seperti telah bersedia dan seperti telah detached dari situasi tersebut. Aku pun x sure..Setelah itu aku terus masuk kebilik yang semasa itu sedang digunakan untuk memandikan arwah. Sebaik aku masuk, aku melihat arwah sudah terbujur kaku tidak bergerak lagi dan sedang dimandikan. Aku memegang badan nya dan membantu urusan memandikan jenazah. Wajahnya sugguh tenang dan aku juga berasa tenang. Memang dia seperti sedang tidur.. Pakcik yang memandikan arwah mengatakan arwah memang telah lama ingin pulang dan masa dan ketika Allah dah tentukan. Aku merasakan satu minit bagaikan satu jam lamanya. Setelah selesai memandikan, jenazah dikapankan setelah
diangkat keruang tamu. Zikir Allah didada tanpa henti dan hanya allah sahaja. Itu je yang aku ingat.. Semua yang ku pelajari tentang hakikat bermain dibenak fikiran ku..Betapa jasad, roh, nyawa dan nafas ....

Melihat tubuh kaku mengingatkan aku betapa roh lah yang hidup. Dan bahawa kita hidup dilautan roh. Hidup itu adalah penzahiran tuhan. Hidup itu adalah satu dari penzahiran nama tuhan iaitu Al-Hayy (Yang Hidup). Tuhan Allah itu hidup dan menghidupkan. Hidup itulah ruh. Ruh itu hidup.

Dan betapa hidup ini adalah sebuah filem dan memori yang tersimpan dialam besar. Alam ini adalah penzahiran hidup itu. Alam ini hidup. Segala-galanya dihidupkan oleh Allah s.w.t. Semua dalam alam ini, yang ghaib dan yang nyata, semuanya hidup. Kita ini diliputi dan diserapi oleh hidup. Sifat Tuhan Yang Hidup itu menzahirkan diriNya dalam diri kita dan alam sekeliling kita.

Walaupun kita dikelilingi oleh udara, namun udara itu sendiri ada hidupnya. Walau di mana dan keadaan apapun kita dikelilingi dan diserapi oleh hidup. Tanpa hidup itu semuanya akan mati dan musnah. Hidup itu wujud. Pada hakikatnya, mati itu adalah berpindah alam saja. Bukan dari ada kepada tiada. Pada hakikatnya tidak ada yang tiada. Semuanya ada, Ada atau wujud itu adalah satu sifat Allah dan alam ini tanda-tanda wujudNya. Ok, enough with flashback (pesanan penaja tu..)

Anyway, sambung balik cerita aku tadi. Setelah masuk Asar, dan setelah semua saudara mara sudah melawat, itulah kali terakhir aku melihat jasadnya. Aku yang terakhir mengucup pipi arwah sebelum mukanya ditutup dengan kain kapan. Itulah pengalaman yang tak boleh aku lupakan. Anyway, terima kasih Allah kerana telah memberi ku kekuatan untuk menempuhi saat itu.. Tiada lagi derita yang perlu dilalui nya? Dia
tetap hidup selagi aku hidup..

Dan satu hari nanti akupun akan pergi jua dan doa ku agar aku kembali dengan tenang. Kepada pesakit kronik yang berubat dengan aku, fahamilah bahawa sebenarnya bukan penyembuhan fizikal yang dicari tetapi lebih kepada merawat jiwa dan roh agar mendapat ketenangan dengan mendekatkan diri dan mengenal Allah. So pada patient aku diluar sana, it's not so much about healing the pain of the physical but it is more of healing the soul and finding inner peace. Yang hidup tetap akan merasai mati, so lalui lah ia terlebih dahulu dan nafikan lah diri kerana hanya dengan mengenali mati barulah kita dapat mengenali erti kehidupan.

Ibuku menceritakan yang arwah ader berpesan, 6 hari sebelum dia meninggal yang masa nya telah tiba namun ibuku tidak ambik kisah dan menggapnya sebagai berseloroh. Dan dia terlebih dahulu melepaskan ikatan roh dari jasadnya.. Aku difahamkan malam sebelum dia meninggal, dia telah mengaji quran dari lepas isyak hingga ke sepertiga malam. selalunya tidak mengaji selama itu. Ramai sahabat arwah yang ku kenal mengatakan arwah seoarang yg baik dan tidak pernah menyakiti hati org. Dan masa dan ketika ditentukan dan untuk org baik tempatnya pun baik. Yes, life goes on.. tapi untuk aper?.. Marilah kita renungkan..
 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online