Kanser Otak
( 1 Vote )
Wednesday, 01 June 2011 03:15

Pengenalan

Ketumbuhan pada otak di bahagian tertentu otak yang memberi implikasi yang teruk pada pesakitnya


Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Jenis-jenis penyakit:

  1. Supra tentoria (bahagian atas otak)

    • Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)

    • Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)

    • Kanser kelenjar pinea

  2. Infra tentoria (bahagian bawah otak)

    • Medulloblastoma (belakang otak)

    • Cerebellar asrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)

    • Brain stem glioma (pangkal otak)

    • Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia. Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku.

Punca penyakit:

  1. Genetik atau keturunan

  2. Radiasi pada otak

  3. Pesakit AIDS, leukimia dan kegagalan buah pinggang kuman/virus 'papova' semasa hamil. Ia memberi risiko kepada anak yang bakal dilahirkan


Sintom

  1. Pada peringkat bayi mereka akan mengalami:

    • Proses pertumbuhan yang tidak normal - tidak boleh merangkak walaupan berusia enam bulan

    • Hydrocephalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekanan pada kepala - Ubun-ubun membengkak, bayi akan gelisah, tidak bermaya dan kurang menyusu.

  2. Pada peringkat awal kanak-kanak:

    • Mengadu sakit kepala berulang-ulang

    • Kelihatan letih dan tidak bertenaga

    • Prestasi pembelajaran menurun

    • Lebih menderita kerana tekanan dalam otak semaikn tinggi

  3. Simptom yang lebih ketara:

    • Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala

    • Muntah yang memancut dan sakit kepala pada awal pagi

    • Sawan boleh berlaku, contohnya kejang pada tangan

    • Kabur penglihatan

    • Kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentoria tidak dapat berdiri atau berjalan dengan stabil

  4. Sekiranya kanser merebak pada brain stem (pangkal otak) kanak-kanak akan mengalami:

    • Gangguan pada pertuturan

    • Sistem pernafasan terganggu

    • Lemah anggota badan

    • Gangguan pada fungsi-fungsi saraf otak

  5. Peringkat lewat:

    • Koma

    • Boleh pengsan

Langkah pencegahan:

    • Pengawasan dari ibu bapa dapat membantu pengesanan kanser otak di peringkat awal sekiranya terdapat kanak-kanak sering mengadu sakit kepala


Senarai bacaan ayat-ayat penawar untuk penyakit ini:

Nota: Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  • Surah At-Taubah ayat 46 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan minggu ketiga dan keempat:

  • Surah Ar-Rahmaan ayat 21 hingga 60, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Al-Anbiyaa' ayat 99 hingga 112, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan minggu kelima dan keenam:

  • Surah Al-Anfaal ayat 41 hingga 46, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Al-Qasas ayat 25 hingga 33, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online