Kanser Payudara
( 12 Votes )
Wednesday, 01 June 2011 03:16

Pengenalan

Sejenis penyakit di mana sel-sel yang tidak normal membiak sehingga terbentuknya satu benjolan tisu yang digelar tumor.

Sel-sel kanser akan merebak ke kelenjar limfa, masuk ke dalam paru-paru. Seterusnya ia menuju ke bahagian sebelah payudara, masuk ke tulang yang mengakibatkan tulang patah.

Ia bergerak ke bahagian tulang punggung, paha dan masuk ke dalam hati menjadikan bengkak, (jaundis) dan hingga ke peringkat akhir ke bahagian otak; pesakit akan menjadi koma.


Jenis-jenis atau Punca Penyakit

  1. Umur/usia yang meningkat

  2. Kedudukan geografi

  3. Baligh sebelum usia 12 tahun

  4. Menopaus selepas usia 50 tahun

  5. Tidak melahirkan anak selepas usia 30 tahun

  6. Keturunan

  7. Pernah mengalami bengkak pada payudara (fibrocystic disease)

  8. Pernah menghidap kanser payudara

  9. Banyak minum alkohol dan memakan lemak haiwan

  10. Obes atau gemuk

  11. Memakan pil perancang dan HRT (hormon gantian terapi)

  12. Terdedah pada sinaran radiasi


Sintom

Sintom awal:

  1. Pembengkakan dan perubahan pada bentuk dan saiz payudara

  2. Aerola tertarik ke dalam

  3. Pendarahan atau lelehan luar biasa yang berwarna kuning hijau

Sintom lewat:

  1. Sakit pada payudara

  2. Sakit pada tulang rusuk

  3. Terdapatnya ulser atau kudis

  4. Batuk atau sesak nafas

  5. Bengkak hati (jaundis)

  6. Tulang patah

  7. Hilang sedar


Senarai bacaan ayat-ayat penawar untuk penyakit ini:

Nota: Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  • Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Al-Anfaal ayat 41 hingga 46, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan minggu ketiga dan keempat:

  • Surah Al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah ASy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan minggu kelima dan keenam:

  • Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah An-Naml ayat 56 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online