Osteoartritis
( 2 Votes )
Wednesday, 01 June 2011 03:20

Pengenalan

Ketidakseimbangan mekanisme yang terdapat pada sendi-sendi menyebabkan lapisan antara sendi yang dinamakan sendi tulang rawan (articular oartilage) menjadi haus dan menipis, jadi tiada 'kusyen' yang boleh melindungi saraf dan tulang

'Osteo' bermaksud tulang, manakala 'artritis' pula inflamasi atau radang tulang sendi. Sendi-sendi tersebut adalah lutut, tulang belakang, ibu jari tangan dan kaki serta pangkal peha


Jenis-jenis atau Punca Penyakit

  1. Primer - Belum diketahui puncanya

  2. Sekunder - Terjadi akibat komplikasi dari artritis

  3. Reumatoid, ankilosing, gout, kecederaan dan 'osteonecrosis'


Sintom

  1. Penghidap berasa kebas pada jari tangan yang bersifat sementara

  2. Kelainan pada sendi tulang rawan menyebabkan tulang bertindakbalas sehingga menimbulkan timbulan tulang yang baru yang dipanggil 'osteophyte'. Ini akan mengakibatkan benjolan dan pembengkakan yang keras pasa sendi serta sedikit kecacatan. Ligamen dan tendon juga menjadi sakit.

  3. Tulang rawan mungkin akan tercedera atau terkoyak.

  4. Mencetuskan rase nyeri serta ngilu pada pesakit.

Komplikasi:

  1. Kesulitan untuk menguruskan diri serta hilang upaya untuk melakukan aktiviti yang rutin

  2. Kesukaran untuk duduk, berjalan atau bergerak, menaiki kenderaan serta mengangkat benda berat

  3. Susah untuk tidur kerana rasa sakit yang berterusan


Senarai bacaan ayat-ayat penawar untuk penyakit ini:

Nota: Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  • Surah Ibrahim ayat 32 hingga 43, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan minggu ketiga dan keempat:

  • Surah Al-Mukminuun ayat 91 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Saad ayat 34 hingga 61, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online