Osteoporosis
( 6 Votes )
Wednesday, 01 June 2011 03:20

Pengenalan

Tulang rangka merupakan sistem asas tubuh yang terbentuk daripada tisu-tisu kompleks. Manusia mempunyai 206 batang tulang yang berfungsi sebagai penyokong dan pelindung kepada tubuh. Tulang juga adalah pusat pengeluaran sel-sel darah.

Kalsium dan fosforus adalah dua unsur utama yang terdapat di dalam tulang. Sebanyak 99% daripada kalsium di dalam tubuh disimpan di dalam tulang.

Tulang mengalami proses hakisan dan larutan. Kemudian ia dibentuk semula menurusi proses 'remodelling' bergantung kepada faktor usia seseorang. Kehilangan jisim tulang pada usia 30 tahun ke atas dikenali sebagai 'osteoperia'. Proses 'osteoperia' yang berlebihan dipanggil 'osteoporosis'.


Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Punca penyakit osteoporosis:

  1. Lebih ketara di kalangan wanita yang telah menopaus (putus haid) disebabkan kadar hormon 'estrogen' semakin menurun. Hormon 'estrogen' penting kerana ia menolong proses penyerapan dan mencegah kehilangan kalsium dalam tulang.

  2. Tulang menjadi poros (tidak padat dan berlubang-lubang halus) akibat penurunan kandungan kalsium.

  3. Tulang yang paling teruk terlibat ialah tulang belakang (vertebra) serta tulang pinggul yang berfungsi menyokong berat badan serta juga tulang dipergelangan tangan yang digunakan untuk menahan berat badan apabila seseorang itu jatuh

  4. Wanita yang terlalu kurus lebih mudah mendapat 'osteoporosis'

  5. Pertambahan usia membawa risiko yang lebih tinggi


Sintom

  1. 1. Ketumpanan tulang semakin berkurangan. Tulang menjadi tidak padat dan berongga-rongga

  2. Tulang menjadi semakin lemah dan tidak dapat menampung aktiviti badan

  3. Tulang mudah patah walaupun hanya tertekan hentakan ringan

  4. Struktur terutama tulang belakang akan berubah di mana penghidapnya akan menjadi bongkok

Langkah pencegahan:

  1. Tambahkan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium. Kalsium mudah didapati daripada makanan laut dan hasil tenusu

  2. Ikan bilis mengandungi banyak sumber kalsium jika dimakan bersama tulangnya

  3. Tinggalkan amalan kurang sihat seperti merokok dan minum minuman keras

  4. Makan makanan yang seimbang

  5. Dapatkan nasihat doktor jika anda ingin mengambil kalsium tambahan kerana lebihan kalsium boleh menyebabkan batu karang

  6. Lakukan senaman secara berkala


Senarai bacaan ayat-ayat penawar untuk penyakit ini:

Nota: Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  • Surah Ibrahim ayat 13 hingga 21, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan minggu ketiga dan keempat:

  • Surah Al-Qasas ayat 29 hingga 40, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Saad ayat 34 hingga 61, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online