Parkinson
( 5 Votes )
Wednesday, 01 June 2011 03:21

Pengenalan

Pesakit mengalami masalah hilang daya ingatan, menggeletar tangan, lambat pergerakan dan bongkok. Ini berlaku disebabkan oleh kehilangan sel-sel di bahagian pangkal otak yang menyediakan 'neotransmitter' kepada bahagian dalam otak yang dipanggil 'Basal Ganglia'. Sel-sel tersebut adalah Dopanine, Acetycholine, Serotonin, Norepinepherine dan lain-lain.


Jenis-jenis atau Punca Penyakit

-


Sintom

  1. Tubuh pesakit kelihatan bongkok

  2. Pergerakan, percakapan, tindakan dan pemikiran mereka menjadi terlalu perlahan

  3. Sukar untuk menelan makanan

  4. Mata, mulut dan tangan menggeletar

  5. Sendi-sendi dan otot-otot menjadi ketat

Komplikasi:

  1. Kemurungan (depression)

  2. 'Dimentia' (nyanyuk)

  3. 'Psychosis' (tidak siuman)

  4. 'Confusion (kekeliruan)

  5. Pertuturan sukar difahami

  6. Masalah menelan makanan

  7. Sembelit

  8. Tidak dapat mengurus diri sendiri

  9. Tidak dapat bergerak dengan mudah terutamanya semasa tidur

  10. Pesakit akan mengalami beberapa penyakit lain seperti thyroid, darah tinggi, diabetes dan kekurangan darah


Senarai bacaan ayat-ayat penawar untuk penyakit ini:

Nota: Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  • Surah Adz-Dzaariyaat ayat 31 hingga 50, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan minggu ketiga dan keempat:

  • Surah Al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online