Penyakit Jantung
( 13 Votes )
Wednesday, 01 June 2011 03:21

Pengenalan

Jantung mengalami pelbagai masalah seperti jangkitan, kerosakan dan penyumbatan yang akhirnya megakibatkan kegagalan ia berfungsi dengan sempurna


Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Jenis-jenis penyakit jantung:

  1. Penyakit injap jantung - Jantung mempunyai empat injap. Injap-injap tersebut boleh menjadi sempit atau bocor. Injap jantung merupakan bahagian yang sering dirosakkan oleh penyakit 'thematik fever'.

  2. Penyakit jantung kongenital - Ia berlaku semasa kelahiran. Dinding jantung yang tidak tertutup dengan sempurna menyebabkan jantung berlubang.

  3. Penyakit otot-otot jantung - Apabila otot jantung rosak, fungsi jantung sebagai pam akan tergendala. Penyakit yang sering merosakkan otot jantung ialah darah tinggi, serangan virus dan sesetengah tidak diketahui puncanya.

  4. Gangguan degupan jantung

    • Jantung mempunyai pendawaian semulajadi, berdenyut mengikut rentak (timer) yang menerima rangsangan terus dari sistem saraf dan hormon di dalam darah.

    • Kelainan pada sistem pendawaian, kerosakan rentak atau otot-otot jantung menyebabkan jantung berdenyut terlalu laju atau perlahan (aritmia).

  5. Penyakit jantung koronari

    • Ia berlaku apabila pembuluh koronari yang membawa darah ke jantung yang licin dan tidak mempunyai apa-apa lapisan ini menjadi tebal dan sempit.

    • Penyempitan ini berlaku kerana lemak atau kolestrol di dalam darah melekat pada dinding pembuluh tersebut.

    • Ia menyukarkan perjalanan darah daripada mengalir ke otot-otot jantung.

    • Implikasinya berlaku 'ischemia' di mana jantung kekurangan oksigen dan tenaga untuk bekerja dan mengakibatkan seseorang itu berasa sakit dada.

    • Jika ia berlaku secara tiba-tiba maka bekalan darah ke jantung akan terputus. Ia dikenali segabai 'heart attack' dan pesakit akan mati secara tiba-tiba.

Punca Penyakit:

  • Perokok yang berusia dalam lingkungan 30-40 tahun.

  • Pengambilan alkohol secara berterusan.

  • Pemakanan makanan berlemak atau berkolestrol tinggi.

  • Kawasan persekitaran yang tidak bersih.


Sintom

  1. Rasa sakit dada seperti ada sesuatu yang menekan.
  2. Rasa sakit ini kemudiannya merebak ke leher, tangan kiri.
  3. Rasa sakit atau pedih seolah-olah terbakar.
  4. Rasa sesak nafas.
  5. Berpeluh dan rasa berdebar-debar.

Langkah Pencegahan:

  1. Amalkan pemakanan yang sihat seimbang.
  2. Lakukan senaman yang bersesuian serta mengeluarkan peluh.
  3. Dapatkan pemeriksaan doktor apabila berusia 40 tahun ke atas.

Komplikasi:

1. Jika kerosakan pada jantung tidak dikesan pada peringkat awal pesakit akan menemui kematian secara mengejut.


Senarai bacaan ayat-ayat penawar untuk penyakit ini:

Nota: Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  • Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Muhammad ayat 21 hingga 32, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan minggu ketiga dan keempat:

  • Surah Ar-Ra'd ayat 19 hingga 34, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online