Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)
( 3 Votes )
Wednesday, 01 June 2011 03:33

Pengenalan

Penyakit darah tinggi merupakan penyebab utama berlakunya strok atau angin ahmar

Saluran darah dalam tubuh terbahagi dua. Saluran darah di mana darah mengalir keluar dari jantung ke seluruh organ dan anggota badan dikenali sebagai arteri. Ia tebal dan anjal kerana diselaputi otot dan mampu menanggung tekanan darah yang tinggi dari jantung

Darah yang kembali ke jantung dari organ dan anggota badan mengalir dalam saluran darah yang dikenali sebagai vena. Darah yang mengalir dalam vena mempunyai tekanan darah rendah

Tekanan darah rendah yang dimaksudkan dalam penyakit darah tinggi ialah tekanan darah dalam arteri-arteri utama yang keluar dari jantung

Secara umum, tekanan darah aras tinggi (sistolik) kurang dari 130m Hg dan tekanan darah aras rendah (diastolik) kurang dari 85m Hg dianggap sebagai tekanan darah normal

Paras normal menjadi tinggi sedikit ketika usia meningkat. Ini kerana keanjalan atau elastisiti arteri berkurangan dengan usia


Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Punca penyakit:

  1. Penyakit buah pinggang kerana meningkatnya hormon yang mengecutkan saluran darah
  2. Berat badan berlebihan atau kegemukan
  3. Menghisap rokok
  4. Minum minunan keras secara berlebihan
  5. Mengambil makanan yang mangandungi banyak garam
  6. Kurang bersenam dan makan makanan yang lemak berlebihan
  7. Penyakit kencing manis - paras gula yang tinggi boleh merosakkan saluran darah
  8. Sifat mudah melenting atau cepat marah
  9. Berperibadi anxious atau mudah panik


Sintom

  1. Ramai pesakit mengadu pening kepala atau sakit dibahagian tengkuk, tapi ia tidak semestinya berkait secara langsung
  2. Tidak menimbulkan apa-apa gejala seperti sakit atau ketidakselesaan, namun serangan angin ahmar secara mengejut tanpa mengenal usia boleh menyebabkan kematian

Bagi tekanan darah rendah boleh mengalami:

  1. Pening
  2. Pitam
  3. Pengsan terutama berdiri lama atau berubah kedudukan secara tiba-tiba

-Ia mungkin disebabkan oleh saluran darah yang kurang sensitif terhadap rangsangan saraf. Saluran darah yang tidak mengecut apabila dirangsang mengakibatkan darah berkumpul di kaki akibat tarikan graviti. Kurangnya darah kembali ke jantung dan dipam ke otak boleh mengakibatkan gelaja-gejala di atas
- Kandungan garam galian yang kurang dalam darah sering dikaitkan dengan tekanan darah rendah

Langkah pencegahan:

  1. Pemakanan yang sihat
  2. Senaman berkala
  3. Kurangkan pengambilan garam dan gula
  4. Tingkatkan pengetahuan tentang kesan penyakit darah tinggi
  5. Kurangkan berat badan

Kompilasi:

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan beberapa organ penting

  1. Otak - Saluran darah ke otak menjadi sempit dan tersumbat. Akibatnya saluran tersebut pecah dan berlaku pendarahan dalam otak
  2. Jantung - Terpaksa mengepam dengan kuat yang mengakibatkan otot jantung menebak dan akhirnya kegagalan jantung berlaku
  3. Buah pinggang - Saluran darah ke buah pinggang menjadi rosak dan perlunya pemindahan buah pinggang atau dialisis yang berterusan
  4. Sakit di bahagian betis dan hujung kaki kerana bekalan darah berkurangan.
  5. Pendarahan di bahagian mata

 

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI ATAU "HYPERTENSION":

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  • Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah An-Nahli ayat 75 hingga 79, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

  • Surah Ar-Rad ayat 19 hingga 28, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Al-Maa'idah ayat 27 hingga 32, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan Minggu Kelima dan Keenam:

  • Surah Al-Anbiyaa' ayat 51 hingga 72, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Muhammad ayat 21 hingga 32, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online