Ulser
( 5 Votes )
Wednesday, 01 June 2011 03:33

Pengenalan

Berlaku apabila terdapat luka pada permukaan perut, bahagian 'oesophegus' dan 'duodenum'

Pemecahan atau luka tersebut didapati berlaku pada tisu pengalas perut (ulser gester) atau di bahagian pertama usus kecil di mana perut menyalurkan makanan (ulser duadenal)

Ini disebabkan oleh sistem pertahanan tergugat dan kurang mampu menahan faktor yang mengakibatkan meningkatnya asid pepsin atau enzim dalam perut.


Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Jenis-jenis penyakit:

  1. Ulser gester
  2. Ulser duodenal
  3. Penyakit perut seperti 'functional dispepsia' iaitu penyakit perjalanan usus yang tidak menentu

Punca penyakit:

  1. Jangkitan (infeksi) oleh bakteria yang dikenali sebagai 'Helicobacter pylori'
  2. Pengambilan 'non-steroidal anti inflamatory drugs' (NSAIDs) seperti asprin bagi mereka yang kerap demam
  3. Tingginya pengeluaran asid dalam perut yang manyebabkan mucosa tidak dapat berfungsi dengan baik
  4. Pesakit yang menghidapi ulser gester mempunyai kaitan dengan panyakit kanser


Sintom

  1. Rasa sakit perut yang kerap di bahagian ulu hati
  2. Loya
  3. Muntah-muntah (biasa)
  4. Muntah darah
  5. Pendarahan termasuk najis berdarah
  6. Sakit bila lapar
  7. Rasa berdenyut-denyut

Langkah pencegahan

  1. Mengambil diet yang seimbang
  2. Kurangkan makanan yang mangandungi kafein
  3. Hentikan tabiat menghisap rokok


SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT ULSER:

Nota: Pesakit hendaklah berjumpa saya dan perlu disentuh terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

  • Surah Al-Buruuj ayat 1 hingga 22, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Al-Maa'idah ayat 47 hingga 55, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

  • Surah Al-Israa' ayat 63 hingga 69, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  • Surah Al-Kahfi ayat 32 hingga 50, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online