Hidayah Babies
babiescat
Sejak Penubuhan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, telah ramai pasangan suami isteri yang mempunyai masalah sukar memperolehi zuriat datang untuk mendapatkan rawatan.

Kebanyakan pasangan suami isteri tersebut sukar mendapatkan zuriat kerana ada masalah seperti berikut:
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Endometriosis
  • Saluran Tiub Fallopian tersumbat
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Jumlah sperma sedikit atau bermasalah.

Terdapat juga masalah gangguan makhluk halus dan sihir pemisah yang bertujuan menghalang si isteri daripada mengandung.

Antara tanda-tandanya adalah suami isteri akan:
  • Timbul perasaan takut, berasa dingin dan tiada nafsu semasa bersama.
  • Berasa sakit semasa atau selepas bersama
  • Selalu bertengkar sesama sendiri

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ramai pesakit kami telah berjaya mendapatkan zuriat selepas menerima rawatan di pusat rawatan Islam Al Hidayah. Maka, melalui lebaran ini Al Hidayah ingin berkongsi kisah kejayaan dan gambar bayi pesakit kami agar dapat memberi inspirasi dan motivasi buat mereka yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata setelah sekian lama mencuba. Insha'Allah
Title Filter     Display # 
# Article Title Hits
1 Ku Nur Sarah Amani 6808
2 Ayesha Humyra 5656
3 Nur Aisyah Khadijah 5625
4 Mohd Iman Rifqi 5264
5 Hannah Amani 3268
 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online