Home > Mengenai Kami
Asas Rawatan
( 48 Votes )
Saturday, 02 July 2011 17:44

Dalil Quran

Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 82:"Dan kami turunkan dgn beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yg menjadi ubat penawar & rahmat bagi orang yg beriman kepadaNya". Dan dalam Surah Fussilat ayat 44:"Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk & penawar bagi orang yg beriman". Justeru, ayat-ayat di atas merupakan dasar & inspirasi penubuhan pusat rawatan ini.

Pusat rawatan ini menggunakan hanya ayat ayat dari kitab Al-Quran untuk mengubati penyakit penyakit rohani, jasmani dan akhlak. Rangkaian ayat ayat Al-Quran dijadikan sebagai ubat penyembuh dan amalannya bersertakan memohon doa agar dapat mengubati segala penyakit yang dialami, InsyaAllah.

Nota: ‘Quranic Medicine’ atau ‘Perubatan Melalui Al-Quran’ memerlukan keyakinan dan keikhlasan daripada pesakit- pesakit terhadap mukijat Al Quran sebagai penawar. Telah terbukti setelah 11 tahun perubatan ini di praktiskan, ribuan pesakit telah sembuh dengan izin Allah.

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online