Home > Mengenai Kami
Pengenalan
( 16 Votes )
Saturday, 02 July 2011 17:26

Sejarah penubuhan bermula dengan Perubatan Syifa Al-Hidayah pada tahun 2000. Pada Disember 2010, ia bertukar operasi di bawah organisasi baharu - Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah oleh pengasasnya Tuan Hj Lokman Abdul Hamid dan saudara Ashraf Muslim.

Pengenalan

  • Perubatan Syifa Al-Hidayah diasaskan oleh Tuan Hj Lokman Abdul Hamid pada tahun 2000 dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan alternatif kepada orang awam.

  • Beroperasi pada peringkat awal di Bukit Antarabangsa, kini berpindah ke Sungai Pusu, Gombak pada Oktober 2006 dengan pembinaan sebuah “purpose built” klinik.

  • Ianya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dengan nombor pendaftaran 001636401-P di bawah bidang perniagaan “Perubatan Tradisional Secara Islam”.

  • Ianya sekarang mempunyai cawangan di 9 lokasi seluruh Malaysia – Kuala Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Langkawi dan Singapura.

Kejayaan

  • Laman web www.syifa-alhidayah.com dibangunkan pada tahun 2005 untuk menyebarluaskan dan mendidik ummah mengenai “Quranic Medicine”. Sehingga April 2011, laman web ini telah mencecah lebih 312,000 pengunjung. Yang terbaru dalam laman web ini adalah blog peribadi saya.

  • Astro Oasis (Channel 106) telah menerbitkan 13 episod program dokumentari bertajuk “SYIFA (PENAWAR)”. Program ini telah disiarkan pada Disember 2009 sehingga penghujung 2010. Program dokumentari ini memfokuskan mengenai perubatan Al-Quran dan kisah-kisah kejayaan pesakit-pesakit yang telah menerima rawatan di pusat ini.

  • Antara paparan program ini adalah berkaitan penyakit seperti kanser, angin ahmar, penyakit jantung, barah otak, epilepsi, penyakit berkaitan urat saraf, penyakit kesuburan dan sakit puan, sakit tulang belakang, dan kemurungan.

  • Penyertaan di dalam Segmen Syifa rancangan TV9 Nasi Lemak Kopi 0 pada setiap pagi Jumaat bermula Januari 2011. Program siaran langsung ini mengemukakan perbincangan topik-topik penyakit-penyakit yang kerap dialami oleh orang ramai. Di akhir program ini akan dipaparkan surah-surah yang berkaitan dengan penyembuhan penyakit-penyakit dalam topik perbincangan pada pagi itu. Secara tidak langsung, program ini dapat mendidik orang ramai berkenaan dengan mukjizat Quran dalam penyembuhan penyakit.

  • Pelbagai artikel telah ditulis di dalam media massa termasuk The Star bertajuk “Healing by Divine Guidance” oleh Dr Amir Farid Ishak.

  • Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah juga mendapat sokongan daripada pihak kerajaan dengan perasmian oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 23 April 2011.

Sumbangan

Sebanyak 20% daripada bayaran perkhidmatan rawatan akan disalurkan sebagai zakat kepada Dana Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hidayah dan Rumah Warga Emas Nur Hidayah di Janda Baik, Bentong.

Harapan

Tuan Haji Lokman dan Ashraf Muslim bercita cita untuk mendirikan sebuah hospital berlandaskan ‘Quranic Medicine’ atau ‘Perubatan Melalui Al-Quran’ dan Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pada hari ini merupakan langkah pertama untuk merialisasikan impian ini, lantas mengembalikan dan mengimarahkan zaman kegemilangan perubatan Islam yang dipelopori oleh khalifah-khalifah sesudah kewafatan Nabi Muhammad saw.

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online