JAWATAN KOSONG
( 1 Vote )
Monday, 21 November 2016 10:56

 

JAWATAN KOSONG

RESTORAN AL HIDAYAH @ THE DUKE, BATU CAVES & RESTORAN AL HIDAYAH @ RIVERSIDE, JANDA BAIK

MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH

PUSAT RAWATAN AL HIDAYAH

JAWATAN KOSONG - RESTORAN AL HIDAYAH @ THE DUKE, BATU CAVES & RESTORAN AL HIDAYAH @ RIVERSIDE, JANDA BAIK.

Pihak kami sedang mencari calon-calon yang berpengalaman serta mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mengisi jawatan-jawatan berikut untuk restoran kami - RESTORAN AL HIDAYAH @ RIVERSIDE di Janda Baik, Bentong, Pahang dan RESTORAN AL HIDAYAH @ THE DUKE di Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Caves, Selangor.

A. PENGURUS RESTORAN - 2 Kekosongan

Skop dan tanggungjawab kerja:

  1. Menguruskan operasi harian restoran dan katering dengan cekap dan baik termasuk menyelia tugasan sepasukan pekerja, menyediakan jadual kerja, pembelian dan stok bahan mentah, penyediaan menu makanan restoran dan catering;
  2. Menguruskan pemasaran dan penjualan perkhidmatan katering, lunch box dan food truck kepada pelanggan dengan cekap;
  3. Menguruskan pengambilan pekerja termasuk permohonan permit kerja;
  4. Dapat merangka dan menguatkuasakan SOP dan apa jua peraturan berkenaan proses penyediaan, pengendalian makanan dan kebersihan di semua bahagian restoran, sesuai dengan syarat dan peraturan dari majlis/pihak berkuasa tempatan dan jabatan kesihatan;
  5. Menguruskan hasil kutipan jualan dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan.

Kelayakan:

  1. Lelaki, beragama Islam dan berumur 30 tahun ke atas;
  2. Mempunyai pengalaman bekerja selama 5-10 tahun sebagai penyelia/pengurus restoran;
  3. Mempunyai sijil / diploma dalam bidang F&B / Kulinari / Pengurusan Hotel akan diberi keutamaan;
  4. Mempunyai pengalaman sebagai tukang masak / chef akan diberi keutamaan;
  5. Mempunyai skil mengendalikan komputer.

B. PENOLONG PENGURUS RESTORAN - 1 Kekosongan

Skop dan tanggungjawab kerja:

  1. Membantu dalam pengendalian operasi harian restoran dan katering dengan cekap dan baik;
  2. Menjalankan aktiviti pemasaran untuk perkhidmatan catering, lunch box dan food truck kepada pelanggan dengan cekap;
  3. Menjalankan tugasan sebagai juruwang (cashier) di restoran;
  4. Menyelia tugasan pekerja secara sepasukan mengikut jadual yang telah ditetapkan;
  5. Melaksanakan SOP dan peraturan berkenaan proses penyediaan, pengendalian makanan dan kebersihan di semua bahagian restoran, sesuai dengan syarat dan peraturan dari majlis/pihak berkuasa tempatan dan jabatan kesihatan;
  6. Membantu kutipan jualan dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan.

Kelayakan:

  1. Lelaki, beragama Islam dan berumur 23 - 25 tahun ke atas;
  2. Mempunyai pengalaman bekerja selama 3 tahun sebagai Penyelia restoran/kafe atau tukang masak atau yang berkaitan;
  3. Mempunyai skil mengendalikan komputer.

C. TUKANG MASAK - MASAKAN MELAYU / THAI / BARAT (WESTERN) – 4 kekosongan

Skop dan tanggungjawab kerja:

  1. Mengendali penyediaan bahan mentah dan menyediakan masakan untuk menu masakan Melayu, Thai dan masakan Barat (Western);
  2. Mengendalikan kebersihan penyediaan makanan, dapur dan peralatan dapur mengikut SOP yang ditetapkan;
  3. Memastikan penyediaan makanan mengikut menu yang dipesan atau ditetapkan dan dalam jangkamasa yang ditetapkan;
  4. Memastikan hidangan makanan mencukupi dan disusun dengan menarik (presentable).

Kelayakan:

  1. Lelaki / perempuan beragama Islam dan berumur 25 tahun ke atas;
  2. Mempunyai pengalaman bekerja selama 2-3 tahun dalam menyediakan pelbagai menu masakan mengikut keperluan diatas;
  3. Memiliki Sijil / Diploma Kulinari atau F&B akan diberi keutamaan.

D. PEMBANTU DAPUR / PEMBUAT MINUMAN / PELAYAN / TUKANG CUCI – 9 kekosongan

Skop dan tanggungjawab kerja:

  1. Membantu penyediaan bahan mentah dan masakan untuk menu masakan melayu / Thai / Barat (Western);
  2. Menyediakan masakan makanan atau membuat minuman mengikut pesanan;
  3. Memastikan tahap kebersihan penyediaan makanan, dapur dan peralatan dapur mengikut SOP yang ditetapkan;
  4. Menjalankan tugas-tugas sebagai pelayan dengan baik dan sentiasa hormati pelanggan;
  5. Menjalankan tugas-tugas membersihkan dapur, peralatan dapur dan pinggang mangkuk dengan cekap dan teratur.

Kelayakan:

  1. Lelaki / perempuan beragama Islam dan berumur 21 tahun ke atas;
  2. Mempunyai pengalaman bekerja selama 1-2 tahun di restoran atau kafe.

E. PEMBANTU PENGHANTARAN MAKANAN – 1 kekosongan

Skop dan tanggungjawab kerja:

  1. Bertanggungjawab untuk memastikan penghantaran makanan dari restoran ke tempat pelanggan dilakukan dengan baik dan cepat;
  2. Mengetahui selok belok perjalanan sekitar lembah klang dengan baik;
  3. Berkomunikasi dengan baik dengan semua pelanggan.

Kelayakan:

  1. Lelaki beragama Islam dan berumur 19 tahun ke atas;
  2. Mempunyai lesen memandu yang sah;
  3. Berkebolehan untuk bekerja dalam apa jua cuaca dan keadaan;
  4. Pengurusan diri dan masa yang sangat baik.

F. PEMANDU DAN PETUGAS TRAK MAKANAN / KAFE BERGERAK   - 2 Kekosongan

Skop dan tanggungjawab kerja:

  1. Mengendali operasi harian truck makanan dengan cekap dan baik termasuk penyediaan bahan mentah dan penyediaan makanan mengikut menu untuk jualan;
  2. Bertanggungjawab untuk memandu dan menjaga penyelenggaraan truck makanan dilakukan dengan baik dan cepat;
  3. Mengendali kutipan hasil jualan harian dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan;
  4. Mengendali kebersihan penyediaan makanan dan kawasan sekitar tempat jualan dengan baik;
  5. Mengetahui selok belok perjalanan sekitar lembah klang dengan baik.

Kelayakan:

  1. Lelaki beragama Islam dan berumur 25 tahun ke atas;
  2. Mempunyai pengalaman bekerja selama 2-3 tahun dalam penyediaan dan jualan makanan atau operasi food truck;
  3. Mempunyai lesen memandu yang sah;
  4. Berkebolehan untuk bekerja dalam apa jua cuaca dan keadaan;
  5. Pengurusan diri dan masa yang sangat baik.

JAWATAN KOSONG – MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH

Maahad Tahfiz Al Hidayah (MATAH) yang ditubuhkan pada 2013 adalah sebuah institusi pengajian tahfiz yang memberi penekanan kepada kualiti pengajian pondok dan memberi nafas baru kearah melahirkan huffaz yang profesional, dinamik dan berdaya saing.

Seiring dengan perkembangan operasinya di Janda Baik dan pengoperasian sebuah lagi Maahad Tahfiz untuk pelajar perempuan - MATAH (Lil Banat) di Bentong, Pahang pada awal tahun 2017, pihak kami sedang mencari calon-calon yang berkebolehan serta mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

A MUDIR/PENGETUA (LELAKI / PEREMPUAN) -

Skop dan tanggungjawab kerja:

  1. Merancang dan melaksanakan polisi dan garispanduan pembangunan dan operasi MATAH;
  2. Menyelaras segala aktiviti dan perhubungan antara MATAH dengan pihak luar dan pihak berkuasa;
  3. Merancang dan melaksanakan belanjawan tahunan MATAH;
  4. Menguruskan penjenamaan dan pemasaran imej MATAH kepada pihak luar;
  5. Memantau prestasi dan pencapaian tenaga pengajar dan pelajar MATAH mengikut KPI yang telah ditetapkan;
  6. Membina sahsiah diri pelajar supaya pelajar sentiasa berakhlak mulia mengikut Al Quran dan Sunnah;
  7. Menguruskan keseluruhan aktiviti pengurusan & pentadbiran operasi MATAH merangkumi aspek pengajaran dan pembelajaran, taqwim sekolah, rekod pelajar, disiplin dan peraturan sekolah, asrama dan aktiviti kokurikulum;
  8. Boleh berkomunikasi dengan ibubapa pelajar dengan berkesan.

Kelayakan:

  1. Terbuka kepada Lelaki dan Perempuan beragama Islam dan  berumur 30 tahun ke atas;
  2. Mempunyai pengalaman mengajar di Maahad Tahfiz dan pernah terlibat secara lansung dengan pengurusan operasi Mahaad Tahfiz akan diberi keutamaan;
  3. Menghafal Al Quran (mempunyai sijil atau pengesahan);
  4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf atau setaraf dengannya;
  5. boleh bertutur dalam bahasa Arab;
  6. Mempunyai skil Komunikasi, Perancangan & Perlaksanaan yang baik;
  7. Boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberi komitmen 100% pada kerja.

B. WARDEN ASRAMA / GURU HAFAZAN (LELAKI)

Skop dan tanggungjawab kerja:

  1. Boleh mengawal selia pelajar yang tinggal di asrama termasuk keselamatan dan kebajikan pelajar, pergerakan pelajar, disiplin pelajar, sahsiah diri dan aktiviti lain dengan penuh tanggungjawab;
  2. Memastikan kebersihan diri pelajar dan persekitaran asrama sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal;
  3. Memastikan penyediaan makanan oleh pihak katerer mengikut jadual dan berkualiti;
  4. Boleh berkomunikasi dengan ibubapa pelajar dengan berkesan;
  5. Mengajar pelajar-pelajar membaca dan menghafal Al Quran;
  6. Mengajar pelajar-pelajar dalam subjek Agama Islam dengan baik.

Kelayakan:

  1. Terbuka kepada beragama Islam dan berumur diantara 21-25 tahun;
  2. Mempunyai pengalaman bertugas sebagai warden dan guru di peringkat sekolah menengah;
  3. Menghafal Al Quran (mempunyai sijil atau pengesahan);
  4. Memiliki Diploma yang diiktiraf atau setaraf dengannya;
  5. Boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberi komitmen 100% pada kerja.

C. GURU TAHFIZ / HAFAZAN (LELAKI / PEREMPUAN)

Skop dan tanggungjawab kerja:

  1. Mengajar pelajar-pelajar membaca dan menghafal Al Quran;
  2. Mengajar pelajar-pelajar dalam bahasa Arab dan subjek Agama Islam dengan baik;
  3. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai KPI yg ditetapkan;
  4. Membina sahsiah diri pelajar supaya pelajar sentiasa berakhlak mulia mengikut Al Quran dan Sunnah;
  5. Merancang dan melaksanakan aktiviti ko-kurikulum pelajar dengan baik;
  6. Boleh berkomunikasi dengan ibubapa pelajar dengan berkesan.

Kelayakan:

  1. Terbuka kepada Lelaki dan Perempuan beragama Islam dan berumur 22-30 tahun;
  2. Mempunyai pengalaman mengajar di Maahad Tahfiz atau peringkat sekolah menengah;
  3. Menghafal Al Quran (mempunyai sijil atau pengesahan);
  4. Memiliki Diploma / Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf atau setaraf dengannya;
  5. Mahir bertutur dalam bahasa Arab;
  6. Boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberi komitmen 100% pada kerja.

D. GURU AKADEMIK (LELAKI / PEREMPUAN)

Skop dan tanggungjawab kerja:

  1. Mengajar pelajar-pelajar dalam pelajaran akademik mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia;
  2. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai KPI yg ditetapkan;
  3. Membina sahsiah diri pelajar supaya pelajar sentiasa berakhlak mulia mengikut Al Quran dan Sunnah;
  4. Merancang dan melaksanakan aktiviti ko-kurikulum pelajar dengan baik;
  5. Boleh berkomunikasi dengan ibubapa pelajar dengan berkesan.

Kelayakan:

  1. Terbuka kepada Lelaki dan Perempuan beragama Islam dan berumur 22-30 tahun;
  2. Mempunyai pengalaman mengajar di Maahad Tahfiz atau peringkat sekolah menengah;
  3. Memiliki Diploma / Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf atau setaraf dengannya;
  4. Boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberi komitmen 100% pada kerja.

PUSAT RAWATAN AL HIDAYAH

PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN

Skop dan Tanggungjawab Kerja

  1. Mengurus kaunter untuk tujuan pendaftaran pesakit, temujanji dan khidmat selepas rawatan termasuk memberi penerangan berkenaan rawatan kepada orang awam, membuat pendaftaran pesakit, mengutip pembayaran rawatan dan jualan, dan mengawal situasi diruangan menunggu.
  2. Mentadbir komunikasi dengan pesakit dan orang awam termasuk mengemaskini data pesakit, menderaf dan menghantar pesanan ringkas sms mengikut jadual, menyediakan deraf komunikasi untuk tujuan pengumuman awam dan menjawab email yang dihantar.
  3. Mengendalikan segala urusan pentadbiran dan sokongan untuk operasi pusat rawatan di HQ dan cawangan termasuk mengemas kini maklumat didalam website, facebook, whatsapp, papan kenyataan dan sebagainya, menyelaras penjualan barangan di klinik dan secara on-line shoppe, menjaga stok barangan jualan dan stok keperluan kaunter.
  4. Bekerjasama dengan pasukan kembara Al Hidayah semasa menjalankan tugasan semasa rawatan di luar Kuala Lumpur.
  5. Mengendali panggilan telefon untuk pertanyaan dan maklumat berkenaan pusat rawatan dengan memberikan maklumat yang tepat.

Kelayakan

  1. Lelaki, beragama Islam dan berumur 25 tahun ke atas;
  2. Mempunyai pengalaman bekerja selama 3 tahun dalam bidang perkeranian atau yang berkaitan;
  3. Boleh berkomunikasi secara berkesan melalui lisan dan bertulis;
  4. Mempunyai skil perkhidmatan pelanggan yang cekap;
  5. Boleh bekerja secara perpasukan dan mampu member komitmen 100% pada kerja;
  6. Boleh mengendali komputer; dan
  7. Mempunyai lesen memandu kenderaan kelas D yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri;

Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat boleh menghantar permohonan melalui email beserta dengan resume dan gaji yang dipohon ke :

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

atau whatsup kepada nombor talipon 019 241 4200 sebelum 30 Nov 2016.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya tuan/puan tidak dihubungi selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.

Gaji untuk setiap jawatan akan mengikut pengalaman dan kelayakan calon-calon.

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online