Home > Rawatan
Prosedur Rawatan
Prosedur Semasa Rawatan
( 144 Votes )
Wednesday, 06 July 2011 23:59

 

  • Pada hari temujanji yang telah ditetapkan, pesakit akan datang ke klinik dan pesakit perlu menunjukkan kad temujanji kepada kakitangan yang bertugas di kaunter resepsi.

 

  • Pesakit akan diberi nombor giliran.

 

  • Kaum muslimah perlu memakai pakaian solat (kain telekong) semasa membuat rawatan.

 

  • Setiap pesakit perlu membawa air mineral sebanyak 1 botol (1.5 liter) bila datang untuk membuat rawatan.

 

  • Rawatan dilakukan dalam bilik yang terbuka.  Di dalam bilik itu ada beberapa orang perawat merawat pesakit masing-masing. Ada disediakan sebuah bilik khas untuk pesakit-pesakit yang memerlukan perbincangan atau rawatan secara privasi.

 

  • Pesakit digalakkan untuk membawa teman atau ahli keluarga semasa datang untuk membuat rawatan.  Seorang pesakit dihadkan membawa hanya dua orang ahli keluarga atau teman semasa datang untuk membuat rawatan.

 

  • Rawatan dimulakan dengan pesakit memberi tahu kepada perawat nama pesakit, kesan-kesan atau simtom-simtom penyakit yang dialami serta sejarah penyakit atau lain-lain komplikasi yang dialaminya.  Semua maklumat ini akan direkodkan dalam KAD TEMUJANJI pesakit.

 

  • Melalui maklumat yang diberi oleh pesakit dan melalui kaedah "Scanning" perawat akan mengenal pasti punca penyakit atau mengenal pasti penyakit yang dialaminya.

 

  • Selepas mengenal pasti penyakit yang dialami oleh pesakit, perawat akan menerangkan kepada pesakit punca penyakit yang dialami dan meneruskan rawatan selanjutnya.  Maklumat ini akan direkodkan dalam KAD TEMUJANJI pesakit untuk kegunaan di dalam rawatan susulan kemudian hari dan juga untuk pengetahuan pesakit.

 

  • Sekiranya penyakit yang dialami oleh pesakit itu adalah sakit gangguan atau sakit rohani, perawat akan mengeluarkan atau membinasakan gangguan-gangguan yang ada di dalam badan pesakit.  Selepas badan pesakit ini bersih dari segala gangguan, barulah perawat akan mula mengubati penyakit-penyakit fizikal atau penyakit jasmani yang lain.

 

  • Perawat akan mulakan rawatan dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim, kalimah syahadah, surah Al-Fatihah dan berdoa kepada Allah swt memohon keizinan untuk mengubati pesakit. Pesakit pula dikehendaki untuk berzikir kalimah 'Lailahaillallah' di dalam hati sepanjang proses perubatan berlangsung serta menfokuskan fikiran kepada mengingati Allah swt.

 

  • Seterusnya, perawat akan memberi kepada pesakit dua rangkaian ayat-ayat Al-Quran untuk pesakit mengamalkan di waktu siang dan waktu malam.  Contohnya Ayat 16 hingga Ayat 45 dari Surah Qaaf untuk penyakit yang ada kena mengena dengan urat saraf, tulang dan sendi.

 

  • Pesakit dikehendaki membaca 3 kali rangkaian ayat-ayat Al-Quran tersebut dan diikuti dengan membaca DOA kepada Allah swt memohon penyembuhan dari penyakit yang dialami. Kebiasaannya pesakit perlu mengamal rangkaian-rangkaian ayat-ayat tersebut dalam masa 3 atau 4 minggu atau sehingga tarikh susulan rawatan yang berikut.

 

  • Beberapa kali pesakit perlu datang untuk susulan rawatan terpulang kepada amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dilakukan dan keikhlasan doa yang dimohon kepada Allah swt. Setiap rangkaian ayat-ayat Al-Quran itu diibaratkan sebagai sejenis ubat untuk penyembuhan penyakit yang dialami.  Sekiranya pesakit itu tidak membaca ayat-ayat tersebut, samalah seperti tidak memakan ubat-ubat yang diberi.

 

 
«StartPrev1234NextEnd»

Page 1 of 4
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online