12 Tahun tidak bersama!
( 35 Votes )
Saturday, 12 May 2012 03:53
Setelah 12 tahun berkahwin pasangan suami isteri ini tidak pernah bersama. Mungkin ramai yang tidak percaya akan kenyataan ini tetapi inilah kisah benar yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini. Keinginan semula jadi ada, alat kelamin kedua-dua pasangan ini berfungsi seperti biasa, tidak ada penyakit dalam badan seperti kencing manis atau penyakit saraf, umur dalam lingkungan 30an dan tidak ada kecacatan anggota. Mereka telah mencuba perubatan moden dan disahkan oleh doktor pakar keadaan alat kelamin normal dan sihat. Tetapi kerana perbuatan SIHIR mereka tidak boleh bersama. Apabila ditanya perasaan mereka bersua, mereka redha dan bersabar dan hanya kasih sayang antara mereka selama 12 tahun inilah yang mengiratkan siratulrahim suami isteri selama ini. Susah untuk mempercayai kisah benar ini tetapi Allah lebih mengetahui akan apa yang dilalui oleh pasangan ini. Disebalik musibah ini mungkin ada hikmahnya dan hanya Allah sahaja yang mengetahui. Kesabaran dan kasih sayang mereka sungguh menakjubkan saya. InshaAllah satu hari Allah akan membebaskan mereka daripada perbuatan sihir ini.
 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online