KK oh! KK
( 2 Votes )
Monday, 21 May 2012 12:28
Hari ini 19 Mei kami merawat di Kota Kinabalu di rumah Puan Hasiah dan Hj Roslan di Putatan. Seramai 120 pesakit mendapat rawatan hari ini.  Memanglah penat merawat dari awal pagi hingga lewat malam hingga jam 2pagi,  tetapi apabila dikenang kembali wajah-wajah pesakit yang sungguh mengharap utk mendapatkan rawatan dari kami, hilang rasa penat dan datang rasa kesyukuran kpd Allah akan keberkatan yg di beri semasa membuat rawatan. Apabila kami pergi outstation utk merawat, keuntungan besar adalah penduduk tempat yg kami merawat. Contohnya di Kota Kinabalu, anggaran kos yg paling minimal untuk seorang pesakit untuk datang berubat dan berjumpa kami di klinik kami di Setiawangsa ialah sebanyak RM1,000.  Seorang pesakit selalunya akan ditemani oleh seorang ahli keluarga. Anggaran kos RM1,000 ini termasuk tambang tiket kapalterbang Air Asia yg paling murah utk 2 orang dari KK - KL - KK,  kos penginapan utk 3 hari 2 mlm di hotel 2 atau 3 star di KL, kos tambang teksi atau Airbus dari LCCT terminal di Sepang ke KL dan hala balek pula, kos makanan utk 3 hari, tambang teksi dari hotel ke klinik kami di Setiawangsa. Jadi sekiranya 120 pesakit yg kami merawat hari ini datang merawat di KL, anggaran kos adalah sebanyak RM120,000. Kalau saya  bandingkan  dgn kos yg mereka bayar utk satu rawatan di Kota Kinabalu iaitu sebanyak RM60.  Kalau 120 orang membuat rawatan, kos utk kesemua 120 pesakit  adalah sebanyak RM7,200.   Bezakan perbelanjaan antara RM120,000 dan RM7,200 bermakna keuntungan besar adalah  pesakit rakyat Sabah.   Ini belum lagi mengira kos belanja kami berdua datang ka Kota Kinabalu - tiket kapalterbang, hotel dan masa kami menunggu di airport.   Jadi kalau ada pesakit yg beranggapan kami mendapat keuntungan yg berlipat ganda, itu satu anggapan yang salah.  Kadang-kadang Allah menguji kami bermacam dugaan contohnya flight delay berjam-jam lamanya menunggu di airport, hilang baggage,  kena marah dengan pesakit sebab pesakit tidak sabar kerana telah lama menunggu giliran utk berjumpa kami. Walau apa pun, kepuasan merawat pesakit tidak ada nilainya, satu kepuasan yg sungguh istimewa dan bila hati kita ikhlas merawat pesakit, ganjarannya hanya Allah yg menentukan. Bottom line is matlamat kami merawat adalah utk menolong pesakit sembuh dengan keizinan Allah dan menyibarkan mukjizat Al-Quran sebagai penawar kepada semua penyakit.  Inshallah.

Hj Lokman
Kota Kinabalu, 19 Me
 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online