Home
KISAH KENSER PAYUDARA

Assalamualaikum.

 

Ada dua kes pesakit kanser yg saya ingin berkongsi bersama kali ini.

 

1. Kes Pertama

 

Pesakit wanita ini mengidap kanser parudara sebelah kiri pada tahun 2001. Umur dlm 40han. Doctor diagnose stage 1, sudah buat lumpectomy dan sudah buat chemotherapy sebanyak 4 kali dan radiotherapy sebanyak 30 kali.

Dari tahun 2003 doctor beri dia makan ubat oral chemo tomoxifen selama 5 tahun dan pada tahun 2008 dia berhenti makan tomoxifen.

Dari tahun 2009 hingga 2013, pesakit ini hidup seperti biasa tanpa pantang larang. Tetapi pada tahun awal 2014, pesakit rasa sakit di bahagian pinggang dan bahu. Pesakit ingat penyakit urat saraf ini disebabkan selalu mendukung cucu.

Pergi klinic doctor beri ubat tahan sakit dan ubat sakit urat saraf. Pada June 2014, pskt rasa teramat sakit di bahagian tulang belakang dan kena admitted ke hospital. Bila buat MRI, kanser sudah merebak ke seluruh tulang dalam badan pesakit dan juga di kelenjar.

Pesakit dinasihati buat chemotherapy selama 6 kali lagi. Tahun lepas, selepas habis chemo, pesakit buat MRI lagi dan didapati kanser telah merebak ke otak. Pesakit sekarang sedang jalani targetted chemo, setiap 3 minggu diberi hepceptin injection.

Pesakit mengadu sakit kepala di sebelah kiri.

Saya sangat kagum dgn pesakit ini sebab walaupun kanser sudah merebak hampir ke seluruh badan, pesakit nampak macam tidak sakit. Masa rawatan dia sentiasa ceria, boleh ketawa dan gelak bersama, dan sungguh positif.

Sudah hampir 16 tahun bertarung dgn kanser, kanser sekarang sudah menjadi sebahagian dari hidup dia. Dia kenali saya melalui buku rawatan kanser saya. Semalam kali pertama dia dapat rawatan dgn saya.

Saya beri dia surah Al Hajj ayat 31 hingga 55, dan surah Qasas ayat 68 hingga 87. Inshallah kita sama2 berdoa akan kesembuhan pesakit ini.

 

2. Kes Kedua

 

Pesakit wanita mendapat kanser payudara pada akhir tahun 2013, stage 3. Doktor di Singapore dan Brunei syorkan pesakit membuat operation mastectomy dan chemotherapy tetapi pesakit tidak mahu.

Pada tahun 2014, pesakit buat rawatan di sebuah hospital di Thailand, terkenal dgn rawatan integrated treatment. Semasa buat treatment di Thailand, doctor di sana jumpa tumour dlm otak pesakit.

Doctor di sana lakukan radiotherapy dan low dose chemo kpd pskt. Rawatan di hospital Thailand habis pada 2015. Pada awal 2016, pesskit dapat kanser kelenjar pula, kelenjar di lehir kanan bengkak sebesar telor ayam.

Doctor disini syorkan pskt buat chemo utk surutkan bengkak di kelenjar sebelum buat operation utk buang kelenjar yg bengkak.

 

Kesimpulan disini:

 

1. Rawata chemotherapy dan radiotherapy tidak boleh mematikan sel sel kanser tapi hanya boleh melemahkan sel sel kanser.

2. Pembedahan utk membuang anggota badan yg ada kanser boleh menyelamatkan pesakit dari kanser merebak ke anggota badan lain.

3. Pesakit tidak boleh lewat atau melengah-lengah utk dapatkan rawatan kanser. Sel sel kanser cepat membiak dan merebak. Melambatkan rawatan membuat bilangan kanser sel bertambah banyak dlm badan pesakit.

4. Bacaan ayat Al Quran utk rawatan kanser bertujuan utk meningkatkan sel sel darah putih (antibody) dlm badan pesakit. Sesaorang mendapat penyakit kanser bila antibody dlm badan lemah dan antibody ini tidak berjaya mematikan sel sel kanser.

Ayat2 yg diberi dlm rawatan ini khusus utk meningkatkan kekuatan antibodi dlm badan pesakit.

5. Pesakit kanser perlu kurangkan stress atau tekanan sebab stress menyebabkan antibody lemah.

6. Pesakit kanser perlu elakkan dari makan makanan yg berasid tinggi sebab kanser sel cepat merebak dlm badan yg berasid tinggi. Makanan yg berasid tinggi contoh daging merah, gula, makanan laut yg bercengkerang, dll.

Banyakan makan ikan, sayur-sayuran, buah-buahan.

7. Kanser boleh datang kembali walaupun selepas 5 tahun tidak ada simpton kanser.

8. Perbanyakan doa, zikir, solat dan baca Al Quran supaya kita dekat dgn Allah dan diri kita tenang dan tenteram. Redha dan berserah pada Allah dan jangan putus asa berusaha utk penyembuhan. Kuasa penyembuhan adalah hak milik Allah. Inshallah.

 

Ingat lah ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan dalam hati mu:

 

"Inilah perjalanan hidupku.... Allah Ta'ala yang letakan aku disini. Semua ini perancangan Allah. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya diatas setiap ketetapan-Nya.... Dan aku terima Qada' dan Qadar diri ku".

Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Terima kasih Allah, kerana mengasihiku...

 

Hj Lokman
Pusat Rawatan Al Hidayah
9 Aug 2016

 

13882497 466490656893386 6268472895795261122 n13912448 466490663560052 2213877391361738031 n

13925059 466490716893380 8521418524664645125 n13925278 466490693560049 4985275136947943297 n

13934639 466490686893383 5499311756490573028 n

 


 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online