Arteriovenous Malformations (AVM)
( 5 Votes )
Thursday, 17 November 2011 22:07
Pada tarikh 25 May 2011, En Lokman pulang dari pejabat dan dia merasakan sakit kepala (migrain) dan muntah-muntah. Isteri mendapati beliau pengsan di dalam bilik air dalam keadaan berdengkur.    Doktor datang ke rumah beliau dan memeriksa tekanan darah serta keadaan beliau. Didapati tekanan darah beliau stabil.

Tiba-tiba darah pekat keluar dari mulut En.Lokman dimana keadaan beliau pada ketika itu masih berdengkur dan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan CT Scan dibuat dan didapati berlakunya pendarahan otak yang serius. Doktor mengatakan harapan En. Lokman untuk hidup adalah tipis. Keluarga En.Lokman membawa  beliau dan merujuk kepada doktor pakar dari hospital swasta. Setelah melakukan pemeriksaan rapi kali ke2, doktor mendapati ada pendarahan yang besar dan otaknya telah membengkak.

Hasil dari kajian dijalankan, doktor mengesahkan En.Lokman menghidapi Arteriovenous Malformations (AVM) yang mana jarang-jarang berlaku di negara kita. Doktor telah melakukan beberapa rawatan termasuklah rawatan laser bagi menghalang AVM berdarah kembali. Rawatan yang dilakukan sangat tinggi risikonya.

En. Lokman koma selama 5 hari di hospital. Selepas beliau sedar dari koma, beliau tidak boleh bercakap, sebelah badan bahagian kanan menjadi lemah dan lupa ingatan. Atas nasihat ibu mertua En Lokman dan menyaran beliau supaya mendapat rawatan alternatif di Pusat Rawatan Al-Hidayah. Ibu mertuanya merupakan pesakit di Pusat Rawatan Al-Hidayah.

Tanggal 12 September 2011, En.Lokman dibawa ke Pusat Rawatan Al-Hidayah dan dirawat serta diberikan surah-surah untuk diamalkan. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan ketekunan beliau membaca ayat-ayat Al-Quran serta berserah kepada Allah S.W.T. Dalam masa sebulan lebih, terdapat banyak perubahan terhadap diri beliau. Percakapan beliau semakin lancar, pergerakan kaki dan tangan semakin pulih serta beliau mampu memandu kereta.

Surah – surah yang beliau amalkan :

  1. Al-Israa’ surah 17,ayat 40 – 55
  2. Al-Mu’minuun surah 23, ayat 60 – 80
  3. Al-Kahf surah 18, ayat 63 – 73
  4. Al-Jaatsiyah surah     , ayat 17 – 25

TESTIMONI PESAKIT UNTUK ‘SEGMEN SYIFA’ PADA 28 OKTOBER 2011

NAMA PESAKIT     : ENCIK LOKMAN AZIM B MOHD DAKIR
ASAL                       : SUNGAI CHUA,KAJANG
 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online