Buah Pinggang
( 14 Votes )
Sunday, 26 February 2012 20:11
Assalamualaikum Ustaz Haji Lokman, saya Hassan dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pernah datang berjumpa untuk berubat dengan ustaz untuk anak perempuan saya berumur 8 tahun, yang mengidapi kegagalan buah pinggang sejak tahun 2008. Doa dan amalan membaca surah-surah yang diberikan oleh Ustaz selalu dibacanya dengan tekun setiap hari tanpa rasa jemu dengan harapan Allah SWT akan menyembuahkannya suatu hari nanti. Dengan izin Allah SWT doa termakbul, anak saya telah sembuh dan buah pinggangnya sudah berfungsi semuala sejak bulan Julai 2010. Untuk 6 bulan dia tak perlu menjalani CAPD dialisis untuk sementara waktu bagi doktor melihat perkembangan "creatinine" nya.

Tanggal 14hb Februari 2011, tenchoff tiub pada perutnya juga sudah dikeluarkan melalui pembedahan. Sungguh gembira anak saya dan kami sekeluarga memanjatkan kesyukuran pada Ilahi. Hanya Allah saja yang mengetahui isi hati kami. Anak kami ketika istu masih lagi mengamalkan surah An Nahl secara berterusan. Kami sekeluarga juga amat berterima kasih kepada ustaz dan mohon ustaz agar mendoakan kesihatannya baik berpanjangan dan penyakitnya tidak berulang. Sekian terima kasih.
 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online