Epilepsi (Sawan)
( 10 Votes )
Thursday, 17 November 2011 21:34
Pada awal kelahiran adik Nur Anis, penyakit epilepsi(sawan) yang dihidapinya tidak menunjukkan simptom-simptom  yang begitu ketara. Apabila umurnya menjangkau 4 bulan, penyakit sawannya makin menjadi-jadi dimana kesannya menyebabkan tangan dan kaki adik Nur Anis mengerekot dan kejang serta anak mata pandang ke atas. Seluruh badannya akan menjadi biru.

Serangan sawan adik Nur Anis hanya berlaku dalam masa yang singkat tetapi kerap. Dalam masa yang sama, adik Nur Anis telah mendapatkan rawatan di HKL dan telah menjalani beberapa pemeriksaan seperti EEG dan MRI. Tetapi doktor masih mencari punca serangan penyakitnya.

Sehingga sekarang adik Nur Anis mengambil ubat Epilin Syrup untuk mengurangkan serangan sawan. Ibu dan ayah adik Nur Anis telah membawanya ke Pusat Rawatan Al-Hidayah pada Julai tahun lepas. Selepas mendapatkan rawatan dan mengamalkan surah-surah yang dibekalkan, Alhamdulillah serangan sawan  adik Nur Anis makin jarang berlaku dan hampir sihat.

Surah-surah yang diamalkan :
  1. Az-zhumar, ayat 24 hingga 37
  2. Al-Anbiya’ , ayat 82 hingga 90
  3. As-Shofat, ayat 120 hingga 144
  4. Al-Haj , ayat 52 hingga 59
  5. Al-Nahli, ayat 66 hingga 74
  6. Al- Qaf , ayat 21 hingga 28
  7. Ibrahim , ayat 32 hingga 43
  8. Yunus , ayat 92 hingga 109
  9. Al – Hijr, ayat 66 hingga 99
  10. Al – Anbiya’ , 74 hingga 81

 

TESTIMONI PESAKIT UNTUK ‘SEGMEN SYIFA’ PADA 7 OKTOBER 2011

NAMA PESAKIT :    SHARIFAH NUR ANIS BT SYED MOHD JAZIMIN
ASAL                   :    SETIAWANGSA

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online