Gangguan & Kerasukan
( 4 Votes )
Wednesday, 20 July 2011 03:44

Pn Asiah telah mengalami penyakit ini sejak 10 tahun yang lalu iaitu lebih kurang tahun 2001. Sejak 7 tahun yang lepas, beliau sering kali mengalami sakit kepala dan muntah-muntah yang kronik. Semakin lama semakin kerap beliau mengalaminya. Beliau sering kali bertemu dengan doktor bagi meredakan kesakitannya. Tetapi kesakitan yang beliau alami masih belum hilang

dan sering kali menanggung kesakitannya sehingga mengganggu aktiviti harian beliau.

Pada tahun 2006, beliau telah membuat imbasan MRI pada otaknya tetapi keputusan doktor mengatakan tiada apa-apa yang bermasalah. Beliau juga mengalami masalah telinga berdesing namun doktor tidak dapat mengesan sebarang masalah. Sejak 3 tahun lepas Pn. Asiah mula mencari pelbagai cara perubatan alternatif lain bagi mengurangkan kesakitannya. Pada Februari 2010, Pn Asiah mula mendapatkan Rawatan beliau bersama Hj.Lokman dan Ashraf di klinik Pusat Rawatan Al-Hidayah di cawangan Pulau Pinang sebanyak 9 kali sehingga kini. Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat kesabarannya serta keluarga, kesakitan yang Pn.Asiah alami selama ini semakin berkurangan walaupun masih ada gangguan.

Surah-surah yang dibekalkan adalah:

  • An-Nisa surah 4, ayat 102 hingga 126
  • Al-Haj surah 22, ayat 5 hingga 18
 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online