Gangguan Saka & Mild Autistic Spectrum Disorder
( 29 Votes )
Friday, 19 August 2011 08:21

Assalamualaikum Tuan Haji lokman..

Susulan daripada rawatan pada hari semalam, Jumaat, 12 November 2010 jam 11.30 malam, berikut di sertakan latar belakang anak lelaki saya yang menerima rawatan dari Tuan Haji berkaitan penyakit gangguan saka dan 'mild autistic spectrum disorder'.

Semoga dengannya dapat membantu Tuan Haji dalam menjalankan kajian lanjut mengenai dirinya dan semoga ianya dapat memberikan manfaat untuk orang lain, insyaAllah...

 

Danish Amsyar Nuqman bin Azizul adalah kanak-kanak berusia 4 tahun 1 bulan merupakan anak ke-2 dapipada 3 beradik kepada pasangan Azizul bin Adam dan Norshila binti Jamal. Dilahirkan secara normal pada 3hb Oktober 2006 di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru ditahan selama sehari di dalam wad sehari selepas dilahirkan keran mengidap penyakit demam kuning.

Perkembangan Nuqman pada peringkat permulaan adalah normal dan mula berjalan pada usia 1 tahun 2 bulan. Masalah bermula pada usia 2 tahun apabila Nuqman memperlihatkan beberapa perangai pelik dan perkembangannya tidak seperti kanak-kanak yang seusia dengannya.

Antara perkara-perkara yang sering dilakukan oleh Nuqman adalah; Suka mencium bau-bau yang busuk seperti mencium tapak kaki orang lain. Selain itu Nuqman juga mempunyai kekuatan luar biasa dan boleh mengangkat benda-benda yang berat tanpa bantuan daripada orang lain. Nuqman juga mempunyai 'sensory defensiveness issues like brushing teeth, cutting hair dan cutting nail. Semenjak usianya 2 tahun, kami tidak dibenarkan menyentuh telinganya apatah lagi mengorek telinga, menyentuh tapak kaki, memberus giginya, dan memotong rambutnya.

Nuqman sangat suka kepada rancangan berkaitan dengan keagamaan seperti mendengar ayat-ayat suci Al-Quran, apatah lagi rancangan-rancangan yang disiarkan oleh Asto Oasis. Walau begitu dalam usianya yang telah mencecah 4 tahun, Nuqman masih belum boleh bertutur dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang pelik secara tiba-tiba dan ianya tidak mampu difahami kami sekeluarga.

Alhamdullilah pertemuan buat kali pertama dengan Tuan Haji pada 6hb Oktober 2010 telah menampakkan beberapa perubahan ke atas diri Nuqman terutamanya peningkatan perkembangan otak Nuqman yang mampu memahami arahan orang lain. Selain itu beberapa single word juga mampu dikeluarkan ollehnya seperti Allah, mama, papa, kakak dan baby. Perangainya yang suka meradang tanpa sebsb sebelum ini juga berkurangan dek kerana Nuqman mula memahami apa yang diterangkan.

Semalam 12 Nov 2010, merupakan pertemuan kami yang ke-2 bersama Tuan Haji, insyaAllah kami sekeluarga yakin bahawa Nuqman akan sembuh sepenuhnya dengan kuasa Allah S.W.T melalui perantaraan Tuan Haji Loman bin A. Hamid.

Kepada Tuan Haji Lokman tiada perkataan yang mampu kami ucapkan selain ucapan terima kasih banyak-banyak di atas usaha, penat lelah dan bantuan yang telah dihulurkan semenjak merawat anak lelaki kami Danish Amsyar Nuqman. Semoga Allah merahmati dan memudahkan segala urusan Tuan Haji sekeluarga di dunia dan akhirat. Amin 3x Yarabbal Alamin...

Sekian. Wabillahi Taufiq Wasalamua'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Azizul & NorShila.

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online