Kanser Paru-paru
( 30 Votes )
Wednesday, 06 July 2011 20:34

Saya merupakan pesakit kanser paru-paru tahap 4. Pada awalnya saya telah mengalami batuk yang berpanjangan dan merasa sakit di bahagian paru-paru. Namun penyakit ini mula dikesan pada 18hb Oktober 2010 dimana saya telah menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri. Walaubagaimanapun saya telah menerima rawatan

lanjut di Hospital Kuala Lumpur oleh kerana saya merupakan kakitangan kerajaan. Walaupun pada awalnya saya tidak dapat menerima hakikat yang telah ditentukanNya, namun atas dorongan semangat yang kuat dan diiringi doa terutama daripada isteri tercinta bersama anak-anak yang semakin membesar, ibubapa, adik beradik, saudara mara, jiran dan para sahabat yang tak putus-putus memberi semangat telahpun saya redha dan bersyukur diatas ketentuanNya ini.Semangat inilah sebenarnya ubat yang paling mujarab dalam menghadapi penyakit kanser ini disamping berdoa sepanjang masa kepada Allah.

Di Hospital Kuala Lumpur saya telahpun menerima rawatan kemoterapi sebanyak 6 kali dan radioterapi sebanyak 5 kali. Pada ketika ini saya mengambil ubat oral kemoterapi yang dibekalkan oleh hospital. Saya juga telah banyak berikhtiar untuk menyebuh penyakit kanser ini walaupun dimana sahaja perubatan itu. Diantara perubatan yang telah saya lalui iailah di Pusat Perubatan Darussalam, Pusat Perubatan Darussyifa dan Pusat Perubatan Islam Al-hidayah.

Diantara amalan-amalan yang saya telah amal sehingga kini dan masih menerima rawatan ialah dengan Hj Lokman di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah. Saya telah pun mendapat rawatan yang pertama iaitu pada 28hb Disember 2010. Saya telahpun diberi air penawar disamping amalan ayat Al-Quran yang perlu diamalkan setiap selepas sebahyang Magrib dan Subuh. Diantara surah yang diberi Hj.Lokman ialah ayat 90 hingga ayat 110 Surah Al-Nahl (amalan 3kali selepas solat Magrib + doa) dan ayat 38 hingga ayat 50 Surah Al-Anbiya (amalan 3kali selepas solat Subuh + doa). Hanya sekali saya tertinggal amalan selepas solat Magrib iaitu selepas terlalu penat setelah pulang menziarah adik di pusat pengajiannya. Selepas iaitu pada 12hb Januari 2011 saya telah mula bekerja seperti biasa sehingga sekarang.

Peringatan terutama kepada saya dan para sahabat sekalin, semasa berdoa kepadaNya selepas solat hendaklah sentiasa bersyukur diatas nikmatNya, keredhaan diatas ketentuanNya, ujilah diriku mengikut kemampuanku dan tingkatkanlah keimananku disamping setiap kita berikhtiar kepada Allah diminta dijauhi perkara yang boleh menduakanNya dan mensyirikkannya serta tanamlah keyakinan kepadaNya. Sentiasalah bersedekah kepada yang memerlukannya.

Saya juga telahpun menerima rawatan yang kedua daripada Hj.Lokman iaitu pada 29hb Jun 2011. Setelah dirawat oleh Hj.Lokman saya diberitahu penyakit kanser paru-paru telah pun hilang dan saya perlulah sentiasa berhati-hati terutama pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan tingkatkan dengan amalan-amalan yang diperintah olehNya. Sebelum itu, hasil CT-Scan juga telah menunjukkan keputusan yang sama. Namun amalan surah hendaklah diteruskan dan diantara surah yang diberi oleh Hj.Lokman ialah ayat 13 hingga ayat 21 Surah Ibrahim (amalan 3kali selepas solat Magrib + doa) dan ayat 40 hingga ayat 55 Surah Al-Hajj (amalan 3kali selepas solat Subuh + doa) disamping minum air penawar.

Bersyukur kepada Allah diatas rahmat yang telah diberikan yang pasti setiap ketentuanNya yang pasti ada nikmat disebaliknya. Alhamdulillah dengan tahap kesihatan semakin baik disamping isteri dan anak-anak kecil yang semakin membesar, Insyaallah, saya akan menunaikan umrah disamping memanjat kesyukuran kepadaNya pada 7hb Julai 2011.

NAMA : MOHD KHAIRUDIN BIN CHE ZAKARIA
ALAMAT : NO.2, JALAN 12, TAMAN GOMBAK, 68100 BATU CAVES, SELANGOR
PEKERJAAN: JURUTERA, JABATAN KERAJAAN
 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online