Kanser Rahim
( 7 Votes )
Sunday, 14 August 2011 19:49

Pada mulanya, Puan Malahan pergi ke klinik kerana mangalami sakit perut  dan tidak boleh berjalan. Beliau disarankan supaya merujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Setelah  mendapat rawatan di hospital swasta, doktor mengesahkan beliau menghidapi kanser rahim tahap 2 iaitu pada tahun 1998.

Doktor menasihatkan beliau supaya membuat rawatan kimoterapi tetapi beliau menolak dan mengambil ubat-ubatan sahaja yang dibekalkan oleh doktor. Pada tahun 1998 juga, beliau telah menjalani pembedahan membuang kanser didalam rahim beliau. Selang 6 bulan selepas pembedahan, Puan Malahan kembali sakit semula dan mengambil ubat-ubatan daripada hospital. Kesan daripada pengambilan ubat itu, badan beliau panas dan rambut sering mengalami keguguran.

Pada tahun 2011, beliau membuat pemeriksaan di hospital dan mendapati sel kanser telah merebak ke bahagian tulang menyebabkan pergerakan beliau terbatas. Doktor sekali lagi menasihatkan beliau untuk membuat kimoterapi dan beliau menolak. Dalam masa yang sama beliau menukar cara pemakanan dengan mengamalkan  memakan buah kurma,madu dan ginseng setiap pagi dan malam. Alhamdulillah, kesihatan beliau bertambah baik dan sakitnya berkurangan.

Pada  Jan 2011, beliau telah datang ke Pusat Rawatan Al-Hidayah dan mendapat rawatan sebanyak 5 kali dan banyak perubahan yang berlaku pada dirinya, seperti :

  • haidnya datang setip bulan tanpa rasa sakit
  • boleh melakukan aktiviti dan ibadat solat dengan baik dan tanpa rasa sakit kerana tulang tidak mengalami kesakitan.
  • Perut tidak lagi mengalami kesakitan.


Surah – surah yang beliau amalkan:

  • An-Nahli surah 16, ayat 90 hingga 110
  • Al-Haj, surah 22, ayat 33 hingga 55
  • Yusof surah 12, ayat 80 hingga 93
  • Ah-Kaf surah 46, ayat 21 hingga 28
  • Yunus surah 10, ayat 71 hingga 89
  • Ghaffir surah 40, ayat 41 hingga 55
  • Al-Maidah surah 5, ayat 58 hingga 70
  • Al-Mukminun surah 23, ayat 91 hingga 100


TESTIMONI PESAKIT UNTUK ‘SEGMEN SYIFA’ PADA 5 OGOS 2011

NAMA PESAKIT     : PUAN MALAHAN BINTI SANUSI
ASAL                        : KLANG, SELANGOR
 

 
Misi Kami
Derma Online
Bayar Online